Total Pageviews

Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013!!!

Assalamualaikum..

Sudah sampai penghujung kepada 2012 dan kini kita masuk ke lembaran baru, 2013. Di sini kami ingin menyusun sepuluh jari sekiranya ada kekurangan dan kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang tahun lepas. Diharap semua pelanggan kami berpuas hati dengan layanan kami.

Lama sungguh kami tak meng'update' blog ni. Jadi, kami ingin meletakkan gambar2 dari majlis2 tahun lepas.


Irene's Wedding Anniversary

Happy Anniversary to Irene and Husband!!!

Kami tak sangka mini pelamin boleh digunakan untuk sambut anniversary. Lepas ni sape2 yg nk sambut anniversary atau birthday, mungkin boleh berhubung ngan kitorang untuk pasang pelamin. =)

Untuk pengetahuan semua, couch tu bukan kami punyer ye.. Irene bagi kitorang pinjam dia punya. Thank you Irene!




Maaf gambar agak gelap sikit. Takde kamera DSLR lar.. =P

Majlis Pertunangan Cik Farah

Tahniah kepada Cik Farah! Kalau tak silap, dah jadi isteri orang dh sekarang ni kan?

Terima kasih kerana mempercayai kebolehan kami yang tak seberapa ni. *Ecece...* Jadi, inilah hasil titik peluh kami.. Tada~~ Kebetulan matching ngan warna dinding rumah Cik Farah kan?



Majlis Pertunangan Cik Akmalliah

Tahniah diucapkan kepada Cik Akmalliah! Semoga sampai ke jinjang pelamin jugak lar korang..

Hantaran tu bukan kami yang buat yer. Cik Akmalliah sendiri yang buat. Amacam? Lawa tak? Hehe.. Walaupun susah nak cari rumah Cik Akmalliah ni, tapi akhirnyer sampai jugak kami..




Mungkin ramai yang tertanye-tanye, "Empunya badan kenapa takde dalam gambar?". Hmm.. Nak buat macam mana.. Dorang dah pesan awal2 taknak jadi model iklan kami. Hahaha.. Pemalu semuanyer.. Harap semua faham..

Kesimpulan nyer, kami perasan pelanggan2 ramai yang minat dengan warna pink. Semoga tahun baru ni pelanggan kami akan bertambah dan akan menempah warna yang lain2 jugak.